Fazura (kanan) bertindak sebagai jurucakap produk Nutox. |
PETALING JAYA: Pelakon dan jurucakap produk kecantikan Nutox iaitu Nur Fazura memberitahu, antara petua dia kelihatan muda dan jelita kerana mengamalkan sikap positif selain banyak memberikan senyuman.
Malah Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 31, berkata, amalan itu dikuatkan lagi apabila dia menggunakan produk Nutox sejak lima tahun lalu kerana ia sesuai dengan kehidupannya sebagai seorang selebriti yang terlalu sibuk.
“Saya sudah lima tahun menggunakan produk ini dan hasilnya sangat memberangsangkan dan mampu mengekalkan kecantikan saya, malah ia dapat memperlihatkan saya lebih muda daripada usia sebenar.
“Tetapi pengguna tidak perlulah tunggu sehingga lima tahun kerana dua minggu sahaja sudah nampak hasilnya. Malah produk ini sangat sesuai untuk kulit saya yang sangat sensitif,” katanya pada majlis pelancaran 13 produk penjagaan kulit baharu Nutox, di Talent Lounge, di sini, Selasa.
Bersikap positif antara petua cantik Fazura. |
Fazura adalah jurucakap bagi produk kecantikan berkenaan.
Dalam pada itu Fazura mengejutkan banyak pihak apabila dia mengambil peluang pada majlis berkenaan menegur pihak media agar tidak bertanyakan apa-apa soalan peribadi sebaliknya hanya akan menjawab soalan berkaitan produk berkenaan sahaja.
Malah dia mengatakan mereka malu untuk bertanyakan soalan kepadanya dihadapan umum tetapi akan berbuat demikian selepas sidang media selesai.
"Wartawan terlalu malu untuk bertanya di sini tetapi bila saya turun sahaja ke bawah nanti barulah mereka confident, mungkin mereka kena pakai serum kot baru confident sikit,” katanya.
Bagaimanapun tidak ramai wartawan yang hadir untuk memberi liputan kepadanya melainkan petugas daripada majalah-majalah tertentu sahaja.
Hal berkenaan dipercayai berpunca apabila Fazura dikatakan bersikap acuh tak acuh untuk menjawab pertanyaan pihak media khususnya soalan berkaitan peribadi selain tindakannya menyindir golongan berkenaan menerusi laman sosial miliknya sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment