Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tidak efisien dan lambat oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) didakwa antara punca mendorong gejala rasuah di kalangan penjawat awam.

Anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk David Chua Kok Tee berkata, hasil penelitian beliau mendapati, sebilangan besar orang awam yang berurusan dengan mana-mana PBT memberi rasuah kerana ingin mempercepatkan permohonan mereka.

“Ia menimbulkan rasa tidak puas hati orang awam yang berurusan dengan mana-mana PBT mengakibatkan mereka mengambil jalan mudah dengan memberi rasuah supaya urusan dapat diproses atau diselesaikan segera.

“Jika pengurusan itu mampu dipercepatkan malah memberi jangka waktu kepada pemohon, saya yakin gejala rasuah dalam PBT boleh ditangani,” katanya dalam satu majlis wawancara khas bersama media di sini, hari ini.

Wawancara itu turut membincangkan mengenai amalan terbaik yang boleh dilaksanakan PBT bagi mengurangkan masalah birokrasi dan menangani amalan
rasuah.

Dalam perkembangan berkaitan, Chua berkata SPRM akan melaksanakan program ‘jabatan angkat’ bulan depan bagi menangani gejala tidak sihat itu dalam kalangan penjawat awam.

Katanya program itu akan membabitkan pelbagai agensi kerajaan termasuk PBT bagi membimbing dan menghapuskan elemen-elemen rasuah.

“Program jabatan angkat ini akan membimbing agensi-agensi kerajaan dari segi aspek integriti dan mengelakkan elemen rasuah dan setakat ini kami telah mengenal pasti beberapa jabatan untuk menyertai program itu,” katanya.

Tambah beliau, pada 2010 SPRM menahan 293 kakitangan PBT, 2011 (323) dan  2012 (288).

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment