Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

Sinonim dengan gabungan nama mereka, Schawal, pelakon ‘Awan Dania’, Scha Al-Yahya dan suami, Awal Ashaari dijangka bakal menyambut orang ketiga dalam keluarga mereka pada 28 Julai depan yang jatuh pada 1 Syawal.

Menurut Scha, Awal begitu berharap anaknya lahir pada bulan Syawal memandangkan Awal juga lahir pada bulan yang sama.

“Mengikut jangkaan doktor, saya akan bersalin pada 28 Julai yang juga merupakan Hari Raya Aidilfitri. Awal memang sangat berharap anak kami lahir pada bulan Syawal sebab dia pun dulu lahir pada 3 Syawal,” kongsi Scha ketika ditemui di majlis pelancaran hLive terbitan Astro, pada Isnin.

Akui berdebar menanti saat melahirkan, namun Scha enggan terlalu memikirkan ketakutannya dan berharap anaknya lahir secara normal dan sihat.

“Saya rasa sangat teruja. Dalam masa yang sama saya juga berasa takut sebab akan lalui sesuatu pengalaman yang tak pernah saya lalui dan tak tahu nak belajar di mana. Tapi saya tak mahu terlalu memikirkannya. Harap semuanya berjalan dengan lancar,” kata Scha menjelaskan dia dan Awal enggan mengetahui jantina bayi mereka.


“Setakat ni belum banyak persiapan yag telah dibuat. Baju pun kami beli warna putih sebab masih tak tahu jantina bayi. Sudah dua kali kami buat pemeriksaan tapi dia masih menyorok. Jadi Awal kata dia ingin kejutan dan tak mahu tahu jantina anak kami. Tapi bagaimana pun, Awal berharap dapat anak lelaki. Saya pula tak kisah,” ujar Scha.

Walaupun sudah bergelar ibu nanti, Scha masih akan terus aktif dalam bidang lakonan. Cuma dia harus mengimbangkan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Sementara itu buat Awal, dia lebih teruja dan gembira menanti kehadiran orang baru.

“Memang saya sangat gementar menjadi seorang ayah. Tapi perasaan gembira dan teruja melebihi segala-galanya. Harap semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Sumber: Gua

0 comments:

Post a Comment