Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

Dia bukanlah orang yang terlibat secara langsung dalam bidang seni tempatan.

Namun namanya turut menjadi perhatian apabila bergelar tunangan kepada aktor Shahz Jaszle pada penghujung tahun 2012.

Setelah berdepan pelbagai episod hitam dengan bekas tunangnya itu, terbaharu, Redzwani Puteri dilaporkan sudah bertapak menjadi duta bagi sebuah produk kecantikan.

Mungkin ini adalah hikmah di atas segala perjalanan serta kontroversi cinta yang dihadapi Redzwani sepanjang menjalinkan hubungan dengan Shahz.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Shahz sudah pun memutuskan pertunangan mereka malah sudah mengumumkan pengganti Redzwani iaitu Hanis Husna yang ditayangkan si jejaka menerusi laman Instagramnya, baru-baru ini.

Redzwani yang merupakan bakal doktor ini, juga tidak kurang cantiknya untuk bergelar duta produk.

Mana tahu lepas ni ada produser pula berkenan nak ambil Redzwani sebagai pelakon, mana tahu kan?

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Tak gitu?

Sumber: Audrey Lee / My News Hub

0 comments:

Post a Comment