Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pihak polis kini memulakan siasatan keatas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) mengikut Akta Hasutan‎ berikutan penulisannya dalam sebuah buku “Reformasi 2.0: Fakta Kes Anwar” apabila diminta hadir untuk memberi keterangan petang ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata tindakan polis itu merupakan satu lagi bukti di mana Putrajaya cuba menyekat perbezaan pendapat menggunakan akta drakonian ke atas pengkritik kerajaan.

“Penulis blog Umno memperbesarkan hal ini dengan membuat laporan polis untuk membantah penjualan buku tersebut dan ‎saya sedar mengenai laporan itu kononnya, saya mencemarkan imej institusi kehakiman negara melalui buku itu.

“Namun apa yang lebih membimbangkan wujudnya tre‎n berterusan pihak berkuasa menggunakan undang-undang tertentu untuk mendiamkan pengkritik. Sebab itu kita lihat ramai pemimpin pembangkang dikenakan dakwaan,” katanya kepada The Malaysian Insider‎ hari ini.

Pada awal bulan ini, ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok didakwa di mahkamah mengikut Akta Hasutan ekoran daripada penyiaran video satira politiknya iaitu “Onederful Malaysia”.

Februari lalu, mendiang Karpal Singh juga didapati bersalah mengikut akta sama kerana mempersoalkan tindakan Sultan Perak ketika krisis Perlembagaan di negeri Perak pada 2009.

Malah tahun lalu, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang juga menerima nasib sama atas kenyataannya mengenai pencerobohan kaum Sulu di Lahad Datu.

Selain Chua, dua aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abd Halim turut didakwa pada Mei tahun lepas kerana kenyataan yang dibuat melalui satu forum di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut diselar kerana tidak memenuhi ikrar yang dibuatnya bagi memansuhkan akta itu walaupun pernah berjanji.

“Pihak berkuasa, juga Peguam Negara terus menggunakan peluang menggunakan akta bagi menyekat pemimpin Pakatan Rakyat daripada terus bersuara mengenai kepentingan rakyat,” katanya.

“Dan pada masa yang sama, NGO Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang seringkali membuat kenyataan menyentuh sensitiviti kaum akan tetapi masih tiada tindakan dikenakan.”

Rafizi juga menyatakan tidak merasa terkejut dengan tindakan polis itu kerana ini bukan kali pertama beliau disoal siasat.

‎”Ini adalah risiko pekerjaan, jadi saya tidak akan menganggap diri sebagai mangsa, dan tambahan lagi ia merupakan langkah tidak bijak kerana menjadikan penjualan buku itu semakin laris,” katanya.

Rafizi berkata pada ketika ini penjualan buku tersebut mencecah 20,000 di seluruh negara dan ia jangka akan terus bertambah.

Katanya beliau bersedia untuk memberi kerjasama kepada polis bagaimanapun meluahkan kebimbangan sekiranya tren itu terus berlaku akan menyebabkan ahli politik generasi muda mungkin tidak selantang kini.

“Ia amat merisaukan kerana seringkali digunakan untuk menentang ahli politik, dan bagi pemimpin muda mingkin tidak seberani saya, ia mungkin berkesan dan pastinya akan menjejaskan ruang demokrasi di negara ini.

Sumber: The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment