INDIA – Pelakon Bollywood, Aamir Khan telah dikatakan mengecewakan sebuah keluarga miskin, Dasrath Manjhi, yang menetap di kawasan pergunungan selepas gagal menyediakan bantuan kewangan atau menghantar pembantunya untuk bertanyakan keadaan mereka.
Kegagalan Aamir menyediakan bantuan kewangan seperti yang dijanjikan didakwa sebagai punca mereka tidak dapat memberikan perubatan kepada seorang wanita, Basanti Devi.
Basanti merupakan menantu kepada Dasrath dan isteri kepada Bhagirath. Basanti telah meninggal dunia.
“Jika sang hero (Aamir) itu memberikan bantuan seperti yang dijanjikan, perkara ini tidak akan berlaku. Isteri saya meninggal dunia akibat kemiskinan. Aamir sama seperti pemimpin politik, pandai menabur janji, tetapi tidak ditepati,’’ demikian luahan kecewa Bhagirath.
Februari lalu, Aamir yang melawat perkampungan berkenaan untuk program televisyennya, Satyamev Jayate berjanji untuk membantu Bhagirath dan Basanti.
Basanti meninggal dunia dua bulan selepas itu akibat tidak mendapat rawatan perubatan sempurna.
Bhagirath dan Basanti bekerja sebagai tukang masak.
Dasrath terkenal kerana berjaya membina laluan di kawasan pergunungan sendirian sepanjang 360 kaki panjang dan 30 kaki lebar bagi membolehkan laluan dibina berhampiran Gahlaur. Dia meninggal dunia pada 2007 akibat kanser.
Dia mula membina laluan itu selepas isterinya sakit dan terpaksa mengelilingi pergunungan itu untuk sampai ke hospital terdekat.
0 comments:
Post a Comment