Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

KOTA BAHARU – Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer memohon maaf kepada anggota Umno dan orang Melayu atas kebiadabannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap parti itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohamad Azam Ismail berkata kata-kata kesat yang diungkapkan Rayer disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, tidak beretika dan tidak bertamadun bagi seorang wakil rakyat.

“Sebagai Adun, beliau sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dari segi perkataan mahupun perbuatan kerana kita sebagai rakyat Malaysia sangat terkenal dengan kesantunan dan kesopanan budi bahasa.

“Bagi sesiapa yang mendengar ungkapan yang dikeluarkan oleh beliau pasti akan berasa tersinggung dan terguris hati kerana ia sangat jelas menghina dan memancing kemarahan anggota Umno khasnya orang Melayu,” katanya kepada pemberita ketika program Sembang Santai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) Bersama Orang Muda di sini, Ahad malam.

Mohamad Azam berkata Rayer perlu diberikan kaunseling supaya lebih berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan demi menjaga sensitiviti orang ramai di negara ini.

“Adun berkenaan perlu diberi kaunseling di samping kursus etika dan kesusilaan supaya lebih beradab dan berbudaya,” katanya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment