![]() |
Seorang penunjuk perasaan anti rampasan kuasa berdiri di depan anggota tentera
Thailand di Bangkok, semalam. - Foto AP
|
Bangkok: Kemarahan penduduk awam terhadap rampasan kuasa tentera Thailand semalam meningkat dengan lebih seribu penunjuk perasaan berarak melaungkan ‘Keluar!’ di ibu negara, Bangkok biarpun pihak tentera mengeluarkan amaran terhadap sebarang tindakan bantahan.
Penunjuk perasaan mula berarak di daerah Chidlom dan bergerak di seluruh bandaraya itu hingga ke Tugu Peringatan Victory, kata seorang pemberita AFP di tempat kejadian, dengan berlaku suasana tegang dengan tentera bersenjata yang berkawal di ibu negara berkenaan adalah luahan bantahan besarbesaran sejak rampasan kuasa tentera Khamis lalu berikutan krisis politik selama beberapa bulan.
Larang perhimpunan
Tiada tanda kehadiran polis di jalanan sepanjang perarakan semalam, yang diteruskan walaupun satu kenyataan junta menggesa penduduk untuk tidak keluar membantah dan undangundang tentera yang melarang perhimpunan membabitkan lima orang atau lebih.
0 comments:
Post a Comment