Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur menghadapi tuduhan cuba merasuh seorang pegawai polis di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memberitahu, lelaki berusia 35 tahun itu dituduh berbuat demikian pada bulan lalu.

“Dia dituduh menawarkan suapan RM10,470 kepada seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras pada pukul 6.30 petang pada 2 April lalu.

“Perbuatan berkenaan dilakukan sebagai dorongan supaya melepaskan dirinya dari ditangkap atas kesalahan memiliki dadah,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Pegawai Pendakwa SRPM memohon jumlah jaminan ditetapkan sebanyak RM20,000.

Hakim menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan 3 Jun ini  sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sekiranya sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 iaitu penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

0 comments:

Post a Comment