KUALA LUMPUR – AirAsia X Berhad melantik Datuk Bernard Francis sebagai Pengarah Komersial baharu syarikat penerbangan tersebut.
AirAsia X Berhad dalam satu kenyataan memberitahu, Bernard mempunyai pengalaman hampir 14 tahun dalam industri penerbangan.
“Beliau juga memiliki kemahiran dalam pengurusan hasil serta jualan dan pemasaran. Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Komersial Indonesia AirAsia,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Bernard turut mempunyai kelayakan MBA of International Business dari Universiti Malaya (UM) and B.A Hons dari Universiti Kebangsaan Malaysia (uKM).
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berkata, pihaknya berasa teruju memiliki Bernard sebagai Pengarah Komersial.
Jelasnya, Bernard akan memantau perjalanan Jabatan Komersial AirAsia x termasuk pengurusan hasil, jualan, pemasaran, komunikasi, penjenamaan dan rancangan rangkaian.
Beliau dalam pada itu menambah, AirAsia X baru-baru ini memperkenalkan `Zon Senyap’ dalam pesawat mereka.
“Zon ini khusus untuk penumpang berusia 12 tahun ke atas untuk mereka menikmati penerbangan yang lebih tenang,” katanya.
0 comments:
Post a Comment