Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment

MELAKA – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka merampas 300 tong gas cecair (LPG) masing-masing seberat 14 kilogram yang bernilai RM21,000 daripada seorang pemborong di sebuah stor penyimpanan di Masjid Tanah di sini, semalam.

Pengarahnya Muhabir Ibrahim berkata pemborong berusia 64 tahun itu didapati menyimpan 3,800 tong gas yang berat keseluruhannya 53,200 kilogram.

Menurutnya pemborong itu menyimpan lebih daripada jumlah yang dibenarkan iaitu 3,500 tong berdasarkan lesen pemborong miliknya.

“Serbuan dilakukan ekoran dua aduan awam diterima minggu lepas yang mengesyaki pemborong itu terlibat dalam aktiviti penyeludupan dan penyelewengan gas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata serbuan itu juga susulan Ops Titik yang dijalankan serentak di seluruh negara ketika ini dalam usaha membanteras penyelewengan petrol, diesel dan LPG.

Muhabir berkata kes itu akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana tidak mematuhi syarat lesen yang memperuntukkan denda sehingga RM250,000 dan penjara tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment