Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment

LISBON – Real Madrid muncul juara Liga Juara-Juara Eropah apabila tewaskan Atletico Madrid 4-1 pada aksi final penuh dramatik awal pagi tadi.

Ia adalah kejuaraan ke-10 Real Madrid meraih trofi Liga Juara-Juara Eropah dengan gol menerusi Gareth Bale, Marcelo dan Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun Real terpaksa bangkit daripada ketinggalan apabila kelab senegaranya mendahului menerusi tandukan Diego Godin pada separuh masa pertama.

Atletico seakan meraikan trofi sulungnya namun Sergio Ramos menyamakan kedudukan pada minit ke-93 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Tiba giliran Real mendahului menerusi tandukan Bale sebelum derita Atletico ditambah menerusi jaringan Marcelo dan Ronaldo untuk gol ketiga dan keempat.

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment