Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment
Alor Gajah: “Saya dengar dentuman dari belakang tetapi tidak nampak apa-apa melalui cermin sisi. Apabila saya teruskan memandu, terasa lori yang saya pandu ini sangat berat, rupa-rupanya ada lori lain melekat di belakang lori saya,” kata Mohd Nazir Misran, 32.

Dalam kejadian jam 6.10 pagi itu, di kilometer 211.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara itu, lori dipandu Mohd Nazir dirempuh dari belakang oleh sebuah lori lain yang dipandu M Yusak Dahlan, 64, bersama kelindannya Kamarudin Ahmad, 45, mengakibatkan kedua-duanya maut akibat tersepit dalam kenderaan mereka. 

Lori tiga tan membawa muatan air minuman dipandu M Yusak yang berada di lorong kiri lebuh raya itu hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori lima tan dipandu Mohd Nazir dan terseret lebih 100 meter. 

Ketika kejadian, Mohd Nazir berkata, dia bersama anak tirinya berusia 18 tahun dalam perjalanan menghantar muatan bunga segar dari Muar, Johor ke Shah Alam, Selangor, sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

ANGGOTA bomba dan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan pemandu serta kelindan lori yang tersepit.
“Saya tidak nampak apa-apa yang mencurigakan di cermin sisi. Saya kemudian turun memeriksa kerana lori terasa berat dan saya ingatkan tayar meletup,” katanya.

Sumber: myMetro

0 comments:

Post a Comment