Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 10, 2014

No Comment

BUKAN mudah bagi seorang wanita untuk melalui kegagalan demi kegagalan dalam rumahtangganya, tambahan pula yang baru setahun jagung dibina.

Itulah yang terpaksa ditelan oleh pelakon Abby Abadi yang baru-baru ini memfailkan permohonan cerai bersama suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Mengimbas kembali, pelakon itu mendakwa suaminya sudah melafazkan cerai sebanyak dua kali termasuklah melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).

Menerusi akaun Instagramnya semalam, dia telah memuatkan satu gambar lukisan yang dihasilkan oleh anaknya, Dania, merujuk kepada konflik yang melanda dirinya kini.


Ia turut disertakan dengan ‘caption’ berbunyi:

“Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu…………… (Dania lukisss..) Tak terjawab dah soalan2 dari Anak3. Macamana? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Tak rinduuuu ker? Huhu.. ALLAH je tahu…… Sy terbaca 2org kawan dalam insta ni mimpi Abi balik berbaik balik dgn Sy….. sampai termimpi2 yg tak tahan tu… Sy langsung takde mimpi apa2… tidur mati! Hehe… Dania pun cakap tadi yg dia mimpi Abinya…. mmmmmmmmmm……..

“Beginilah Sahabat2ku, Sy dpt rasakan yg dia lebih bahagia diluar sana…. & Sy sudah tidak meletakkan apa2 harapan lagi…… Apa yg Sy buleh katakan, kalau berbaik memang ‘keajaiban’berlaku…….. Jika sebaliknya, ALLAH lebih mengetahui apa yg diatur utk Sy… Sy redha.

#JomIstighfar Kita hamba yg berdosa……..”

Kalau dilihat pada ayatnya, Abby seolah-olah sudah pasrah dengan perceraian yang bakal disahkan tidak lama lagi dan dia juga merasakan Farhan lebih bahagia dengan kehidupannya sendiri.

Tapi, jauh di lubuk siapa yang tahu kan?

Sumber: Elza / My News Hub

0 comments:

Post a Comment