Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 11, 2014

No Comment

KARACHI – Akademi keselamatan menjadi sasaran serangan kali kedua di lapangan terbang paling sibuk di Pakistan, tidak sampai 48 jam selepas Taliban melancarkan serangan pertama di kemudahan sama yang mengorbankan lebih 30 orang.

“Akademi Pasukan Keselamatan Lapangan Terbang (ASF) diserang. Berlaku kejadian berbalas tembakan,” kata pegawai kanan di Agensi Penyiasatan Persekutuan.

Tidak dapat dipastikan pihak yang mendalangi serangan terbaru itu. Wartawan Reuters berhampiran lapangan terbang Karachi itu terdengar bunyi tembakan dan melihat sekurang-kurangnya empat ambulans bergegas ke tempat kejadian.

Pemisah Taliban mengakui bertanggungjawab ke atas serangan itu dan berkata tindakan balas mereka belum berakhir.

Tentera berkata, ia sudah menempatkan askar di tempat kejadian, yang menurut laporan televisyen, tiga militan dikepung pasukan keselamatan.

Serangan terbaru itu menimbulkan persoalan mengenai kemampuan pihak berkuasa mengawal kemudahan utama berdepan dengan kebangkitan semula musuh, ketika proses damai dengan pergerakan Taliban Pakistan masih samar.

“Penyerang berbalas tembakan dengan kakitangan ASF di pos pemeriksaan yang mengawal lapangan terbang. Mereka bertindak semula, kami cuba menangkap mereka,” kata jurucakap ASF sambil menambah tiada kecederaan atau kematian di kalangan pasukan keselamatan.
Seorang lagi pegawai berkata serangan membabitkan 10 anggota militan.

Semua penerbangan masuk dan keluar bandar raya itu itu digantung sekali lagi, selepas disambung semula berikutan serangan terdahulu, kata pegawai.

“Kami menggantung semua operasi penerbangan di lapangan terbang Karachi dan memindahkan penumpang,” kata jurucakap Penerbangan Antarabangsa Pakistan, Mashud Tajwar.

Wartawan AFP di tempat kejadian berkata, renjer, polis dan komander tentera tiba di kem itu, tanpa perlindungan ketat dan mengambil kedudukan untuk bertempur dengan militan di kawasan terbuka.

Serangan dibuat ketika Pakistan menggempur daerah puak dengan pesawat tentera di kawasan yang menjadi kubu kuat militan, mengorbankan 15 orang sebagai tindak balas kepada kejadian kelmarin.

Sepuluh anggota Taliban, sebahagiannya berpakaian seragam tentera dan bersenjatakan mesingan, bom tangan dan pelancar roket melancarkan serangan malam Ahad lalu.

Objektif utama adalah memusnahkan pesawat di darat tetapi cuma menyebabkan kerosakan kecil kepada dua atau tiga kapal terbang,” kata Menteri Dalam Negeri, Chaudhry Nisar Ali Khan, lewat kelmarin.

Taliban berkata, serangan pertama cuma permulaan kerana mahu membalas dendam kematian bekas ketua mereka, Hakimullah Mehsud.

Sumber: Reuters / AFP

0 comments:

Post a Comment