Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

Peta baharu China menegak yang memperbesarkan lagi 
peranannya dalam tuntutan di Laut China Selatan.

Beijing: China memperkenalkan satu peta rasmi terbaharu negara itu yang memperbesarkan lagi peranannya dalam tuntutan di Laut China Selatan, lapor media semalam menjadikan perairan yang dipertikaikan serta beberapa pulau sekitarnya lebih jelas seperti milik negara itu. 

Peta sebelum ini dikeluarkan kerajaan turut memasukkan tuntutan China di kebanyakan Laut China Selatan tetapi di dalam sebuah kotak kecil biasanya di bahagian sudut bawah untuk membolehkan negara lain menyesuaikan dengan peta itu. 

Peta baharu 

Peta baharu dengan kotak lebih besar menunjukkan benua China bersama sempadan laut yang diisytiharkan mereka sendiri di Laut China Selatan, jauh ke bawah hingga perairan Malaysia, Vietnam dan Filipina pada satu peta lengkap. 

“Pulau Laut China Selatan pada peta tradisi China ditunjukkan dalam kotak terputus dan pembaca tidak boleh secara penuh atau secara langsung mengetahui peta penuh China,” kata People’s Daily di laman webnya. 

“Kedudukan China terhadap isu Laut China Selatan adalah konsisten dan jelas sekali. Pendirian kami adalah tidak berubah,” kata jurucakap kementerian, Hua Chunying kepada akhbar itu. 

Sumber - REUTERS

0 comments:

Post a Comment