Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

Pokok Kurma

Riyadh: Penduduk Arab Saudi mula menyimpan kurma menjelang Ramadan berikutan peningkatan harga sepanjang musim berkenaan. 

Kedai dan peruncit kurma di Jeddah menyaksikan peningkatan permintaan beberapa hari menjelang bulan puasa, menjadikan Ramadan musim paling sibuk bagi industri itu. 

Sebahagian pengguna meluahkan kebimbangan mengenai kemungkinan kenaikan harga. “Harga kurma tidak tetap tetapi berbeza kerana beberapa alasan, termasuk kuantiti pengeluaran, perubahan iklim dan pengangkutan tinggi serta harga stok. Kekurangan pekerja dan peningkatan gaji mereka juga memberi impak harga kurma,” kata penjual kurma di Jeddah, Ali Abdullah. 

Harga bagi paket kurma Al-Barhi seberat tiga kilogram berharga SR35 (RM30), manakala bagi sekotak tiga kilogram kurma Rotana Madinah berharga kira-kira SR30 (RM25). Kurma Madinah, yang dianggap jenis paling baik dan popular di kalangan keluarga Arab Saudi, dijual pada harga SR60 (RM51) sekilo, manakala kurma Sukary Al-Halil dari Madinah berharga SR17 (RM14) sekilo. 

Penjual kurma di Jeddah, Said Hael Saad, berkata harga kurma berbeza mengikut hari, terutama pada musim puncak, disebabkan pelbagai faktor. 

“Syarikat menyimpan tuaian lebihan di dalam peti sejuk pada musim kurang permintaan. Harga mahal menyewa peti sejuk menyebabkan harga runcit tinggi,” katanya. 

Sumber - Berita Harian

0 comments:

Post a Comment