Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 10, 2014

No Comment

SEREMBAN – Sebanyak 8,900 liter diesel bersubsidi bernilai RM24,564 dirampas oleh pasukan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan dalam ‘Ops Titik’ di tiga stesen minyak di sekitar bandar ini Selasa.

Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNKK Negeri Saifulbahri Abdul Kadir berkata dalam serbuan bermula 10 malam hingga 5 pagi itu, pihaknya turut menyita tiga buah lori, termasuk sebuah lori tangki, yang kesemuanya bernilai RM110,000.

“Pemeriksaan mendapati dua daripada lori itu berisi bahan api tersebut. Ketiga-tiga lori berkenaan dilengkapi tangki tambahan yang diubah suai dan disembunyikan di dalam kenderaan itu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Dalam serbuan itu, kami turut menahan empat lelaki (pemandu dan kelindan lori) berumur 20-an dan 50-an,” katanya di sini hari ini.

Katanya pihak penguatkuasa melakukan risikan dan intipan sejak lebih seminggu sebelum bertindak.

Saifulbahri berkata serbuan pertama di stesen minyak di Garden Avenue, membabitkan rampasan 600 liter diesel bernilai RM1,656, di stesen minyak di Taman Bukit Emas (rampas 8,300 liter diesel bernilai RM22,908), manakala di Senawang (tiada minyak diesel dirampas).

“Siasatan ke atas pihak stesen minyak juga akan dilakukan sama ada wujud unsur subahat dalam perkara ini,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu terlibat, manakala syarikat pula dendanya tidak melebihi RM250,000.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment