Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 10, 2014

No Comment

Sementara ramai yang mengatakan peranti seperti Galaxy Mega 6.3, Xperia Z Ultra membawakan skrin yang besar, namun ia tidak menghentikan pengeluar seperti Samsung untuk hadir dengan peranti pada saiz skrin lebih besar.

Terkini, Samsung telah memperkenalkan Galaxy W di Korea Selatan, yang mana merupakan sebuah telefon pintar pada saiz 7-inci. Ia dilihat tidak dikategorikan sebagai tablet, tetapi lebih kepada phablet, dan turut direka untuk digunakan menggunakan sebelah tangan.

Dari segi spesifikasi, Galaxy W membawakan skrin bersaiz 7-inci dengan paparan resolusi 720p, cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz, memori sebanyak 1.5GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan Android 4.3 Jelly Bean, serta membawakan beberapa fungsi khusus Samsung seperti Multi-Windows, Pop-Up Play dan sebagainya.

Buat masa ini, perancangan Samsung untuk menawarkan peranti ini dipasaran global masih tidak diketahui lagi. Di Korea Selatan, ia dijual pada harga 499,400 won (RM1574).

Sumber: Engadget / hzqahmd / Amanz

0 comments:

Post a Comment