Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Sudah sampai masanya untuk kerajaan membuat keputusan sama ada terus membantu Malaysia Airlines (MAS) beroperasi atau membiarkan syarikat penerbangan negara itu ‘terbang dengan sendiri’.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kewujudan syarikat penerbangan tambang rendah dan Dasar Langit Terbuka kini menyaksikan Dasar Penerbangan Negara yang “melindungi” MAS selama ini dilihat sudah tidak relevan.

“Saya sudah cakap dulu, MAS ini dilindungi oleh Dasar Penerbangan Negara, sebab itu kerajaan boleh menyalurkan dana kepada syarikat ini kerana ia menepati dasar kerajaan.

“Tapi sekarang ini bila ada dasar langit terbuka dan ada syarikat tambang rendah, dasar kerajaan itu (Dasar Penerbangan Negara) sudah tidak sesuai…masa depan MAS bergantung kepada dasar kerajaan itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai perancangan Khazanah Nasional Bhd, seperti diumumkan oleh Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar hari ini untuk mengemukakan pelan menyelamatkan MAS dalam tempoh setahun.

Khazanah Nasional merupakan syarikat pemegangan pelaburan milik kerajaan dan memiliki saham terbesar dalam MAS.

Nur Jazlan berkata dari sudut PAC, beliau berpendapat kerajaan tidak perlu lagi membelanjakan wang rakyat untuk ‘menghidupkan’ MAS tanpa mendapat hasil pulangan yang positif dan berkekalan.

“Sekarang ini sudah berapa tahun kita ‘support’ MAS, walaupun MAS disenaraikan (di Bursa Malaysia) dan tiada duit kerajaan yang digunakan, tapi pelabur utamanya ialah Khazanah, dan Khazanah itu wang pokoknya datang daripada kerajaan juga,” katanya.

Nur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai bagaimanapun berharap perancangan atau penstrukturan semula yang hendak diperkenalkan Khazanah Nasional kali ini berjaya mencari penyelesaian positif dan menghidupkan kembali MAS.

Pada pertengahan bulan lepas, MAS mengumumkan kerugian RM443 juta bagi tempoh suku pertama berakhir 31 Mac 2014, meningkat berbanding RM279 juta pada suku sama tahun lalu.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment