Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 25, 2014

No Comment
Mohd Redza ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis 
di IPD Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Pemasangan patung besar di tokong sebuah kampung dekat sini, menjadi isu hangat selepas gambarnya dimuat naik dalam laman sosial Facebook, sejak Ahad lalu.

Berikutan itu, Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi membuat laporan polis pagi semalam agar pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut.

Setiausaha Pemuda Umno Kota Tinggi, Mohd Redza Abdul Rahman mendakwa, pemasangan patung batu tersebut boleh menjejaskan hubungan antara kaum kerana majoriti penduduk di situ Melayu.

Menurutnya, Pemuda Umno memandang serius isu itu, malah dia difahamkan pemasangan patung tersebut dibuat tanpa kelulusan.

“Merujuk kepada komen dalam Facebook, pegawai daerah juga memberitahu bahawa tiada kelulusan diberikan untuk pembinaan tersebut.

“Kita juga difahamkan patung tersebut dibina di tempat lain sebelum ia dibawa ke kampung tersebut untuk proses pemasangan dalam tempoh singkat sehingga tidak disedari pihak berkuasa tempatan," katanya.

Menurutnya, dia dimaklumkan terdapat notis pelanggaran syarat dikeluarkan pihak berkuasa kepada pemilik tanah terbabit. "

Apa yang diharapkan, pihak berkuasa dapat melakukan siasatan selanjutnya kerana ia boleh mencetuskan isu perkauman,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, pagi semalam.

Wakil penduduk, Abdul Rohaizam Abd Jalil, 40, berkata, pembinaan patung tersebut sememangnya tidak sesuai dibangunkan di kampung tersebut.

“Jika dilihat ketinggian patung tersebut hampir sama tinggi dengan menara surau kampung ini. Tambahan pula majoriti penduduk Melayu dan masyarakat Cina hanya sedikit.

“Kita harap agar patung tersebut dapat dibuka demi menjaga sensitiviti kaum di sini,” katanya.

Dalam pada itu, wakil tokong terbabit ketika ditemui berkata, beberapa pihak telah berjumpa dengannya untuk berbincang berkenaan patung berkenaan.

“Kita akui memang silap kita sebab tidak membuat permohonan terlebih dahulu. Kita akan turunkan patung tersebut dan membuat permohonan secara rasmi kepada pihak berkuasa,” katanya.

Terdahulu, tinjauan Sinar Harian ke tokong terbabit untuk melihat perkembangan seperti yang dilaporkan dalam laman sosial.

Sumber - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment