Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 25, 2014

No Comment
Artis naungan Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE), Johan Asari dan Kaka Azraff kecewa dengan tindakan Pengarah Urusan syarikat itu, Zizan Razak membekukan akaun syarikat berkenaan sejak 4 Jun lalu yang mengakibatkan mereka tidak menerima pendapatan bagi bulan Mei.

Johan ketika dihubungi menyifatkan tindakan Zizan itu sebagai penindasan terhadap mereka. 
Difahamkan Zizan bertindak demikian akibat masalah yang dihadapi bersama seorang lagi rakan kongsinya. 

Selain Johan dan Kaka, seorang lagi artis di bawah naungan syarikat itu ialah Cha Cha Maembong.

JOHAN (kiri) dan Kaka.
Johan berkata, kerana tidak memperoleh pendapatan, dia tidak dapat membantu melunaskan bil rawatan ibunya di hospital.

“Saya juga sedih kerana tidak dapat membelikan hadiah untuk bapa sempena Hari Bapa, baru-baru ini,” katanya. 

Menurut Johan, dia sekeluarga baru berpindah ke rumah baru dan disebabkan tindakan Zizan itu, dia kekurangan modal untuk membantu bapanya menampung perbelanjaan rumah baru. 

“Sekarang baru sedikit demi sedikit saya dapat membantu keluarga hasil duit wang simpanan,” katanya. 

Dalam pada itu, Kaka berkata, perkara itu memberi kesan kepada kewangannya. 

“Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri,” katanya. 

Kedua-dua artis terbabit bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat ini. 

Sementara itu, Cha Cha Maembong ketika dihubungi berkata, dia tidak mahu masuk campur di atas masalah yang berlaku. 

“Setakat ini saya dengan syarikat termasuk Zizan tidak ada masalah. Saya cuma salah seorang artis WFE. Berhubung hal itu, saya tidak mahu campur,” katanya. 

Difahamkan, pembekuan akaun dibuat pelakon dan pelawak terkenal itu tanpa mendapat persetujuan rakan kongsinya, sekali gus menyulitkan pengurusan syarikat untuk membayar pendapatan artis dan gaji pekerja. 

Menurut sumber, Zizan dikatakan membekukan akaun syarikat sebelum dia berlepas ke Jepun bagi menjalani penggambaran satu program travelog baru-baru ini.Johan berkata, kerana tidak memperoleh pendapatan, dia tidak dapat membantu melunaskan bil rawatan ibunya di hospital.
Sumber: myMetro online

0 comments:

Post a Comment