Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 25, 2014

LEDANG – Seorang pemuda maut digilis treler dalam kemalangan di Jalan Muar-Kesang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Bunga, kelmarin.

Mangsa, Kamarulzaman Abdullah, 21, maut di tempat kejadian, manakala pemandu treler berusia 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Pekan, Pahang, dikatakan datang ke Muar untuk melawat ibu saudaranya dan menuju ke arah Melaka.

Ketua Polis daerah Ledang, Superintendan Mohamed Salleh Abd Razak berkata, siasatan awal mendapati mangsa cuba memotong lori treler berkenaan menggunakan kiri jalan.

Menurutnya, motosikal mangsa terlanggar batu pejalan kaki menyebabkannya hilang kawalan dan tercampak sebelum kepalanya digilis treler.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mana-mana saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Saksi kejadian, Malek Raub, 34, berkata, dia tidak dapat melupakan peristiwa tersebut kerana ia berlaku di hadapan matanya dan  melihat mangsa berkenaan digilis treler terbabit.

“Mangsa tercampak di tengah jalan raya apabila motosikal ditungganginya hilang kawalan ketika melalui kawasan berpasir sebelum terlanggar batu pejalan kaki.

“Mangsa tidak sempat bangun lalu digilis treler yang datang dari arah belakang yang melalui kawasan itu,” katanya.

Katanya, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Rambai, Melaka, selepas melawat ibu di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

“Isteri saya yang mengandungkan anak kedua menangis tidak henti kerana terkejut dan sedih dengan nasib yang menimpa mangsa,” katanya.

Mangsa mati di tempat kejadian selepas digilis.

Sumber - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment