Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

Lionel Messi

PORTO ALEGRE: Kelibat Lionel Messi memukau jurulatih Nigeria, Stephen Keshi, awal pagi tadi selepas bintang Argentina itu menyertai Neymar dari Brazil selaku pendahulu penjaring terbanyak kejohanan kali ini dengan empat gol. 

Pengendali dari benua Afrika itu yang menghambur pujian ke atas bintang Barcelona itu berkata penyerang berkenaan seperti diterbangkan dari planet Jupiter dengan kehebatan cukup menghiburkan berbanding pemain lain. 

“Messi adalah pemain cukup menakjubkan. Dia dianugerahkan bakat,” kata Keshi selepas Nigeria tewas kepada Argentina 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan F tapi masih layak ke pusingan kedua selaku naib juara kumpulan. 

“Ada beberapa pemain lain yang mantap dalam skuad Argentina tetapi Messi adalah dari Jupiter.” 

Sementara itu, jurulatih Argentina, Alejandro Sabella menyatakan keputusannya mengeluarkan Messi ketika menentang Nigeria tadi adalah bertujuan untuk merehatkan penyerang itu. 

Tindakan itu sebagai langkah berwaspada pengendali berkenaan untuk memastikan pemain yang menyambut hari jadinya ke-27 Selasa lalu dapat meneruskan rentak cemerlang menjelang perlawanan pusingan kedua menentang Switzerland, Ahad ini. 

Messi berjaya meledakkan dua gol membantu pasukan mengatasi wakil Afrika itu untuk menjuarai Kumpulan F. 
Tetapi Sabella yang bertindak menggantikan penyerang itu dengan Ricardo Alvarez pada minit ke-63 berkata: “Kami memerlukan Messi untuk berehat.”

Bagaimanapun, Messi seakan-akan kurang senang dengan keputusan jurulatih dan sekadar menyuarakan dia ‘ok’ apabila ditanya pemberita sama ada dia sudah letih ketika itu. 

“Sekarang kita ada lima atau enam hari tempoh rehat dan saya sihat,” kata bintang yang dianggap bakal menyinar seperti dicipta legenda negaranya, Diego Maradona pada 1986 di Mexico. 

Sementara itu, Sabella mengakui dia perlu mengukuhkan bahagian pertahanan pasukannya pada perlawanan seterusnya bertemu Switzerland. 

  “Kita adalah sebuah pasukan serangan. Sebagai pasukan serangan, kita ada kalanya berdepan masalah. Tetapi pertahanan kini sudah menjalankan tugasnya dengan baik dan kami akan cuba untuk menjadikannya lebih kukuh.” 

Sumber - Agensi

0 comments:

Post a Comment