Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

Suarez

MONTEVIDEO: Presiden Persatuan Bola Sepak Uruguay, Wilmar Valdez, semalam berkata tiada bukti yang mencukupi untuk mengenakan hukuman ke atas penyerang bintang, Luiz Suarez gara-gara menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini. 

“Kami percaya bahawa tiada bukti yang cukup untuk sesungguhnya menghukum Luis,” kata Valdez kepada Channel 10 television. 

"Ia harus jelas dan dalam video yang diberi kepada kami oleh FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) kami rasa ia tidak jelas,” kata Valdez selepas mengemukakan kes Suarez untuk didengar FIFA di Rio de Janeiro. 

“Kami yakin hujah kami akan mendapat suatu keputusan nanti,” dia menambah. 

Suarez didakwa menggigit Chiellini ketika kemenangan 1-0 Uruguay ke atas Itali dalam perlawanan Kumpulan D, kelmarin. Kemenangan itu membantu Uruguay layak ke pusingan kedua. 

Terdahulu, media Uruguay dipetik berkata FIFA mungkin akan membuat satu keputusan disiplin ke atas Suarez hari ini. 

Pasukan Uruguay kini berada di Natal sebagai persiapan untuk bertemu Colombia dalam pusingan kedua, awal pagi Ahad ini. 
Sementara itu, kapten Uruguay, Diego Lugano menyangkal insiden berkenaan sambil mendakwa media British ada agenda tersendiri. 

“Insiden apa? Insiden yang mana satu? Saya tak tahu insiden apa anda bercakap,” kata pemain pertahanan itu apabila ditanya seorang wartawan British mengenai drama menggigit oleh Suarez tempoh hari. 

“Anda cakap pasal EPL (Liga Perdana Inggeris) atau pasukan kebangsaan. Anda ada masalah mahu diselesaikan?” 

Wartawan itu cuba menjelaskan dalam bahasa Inggeris tetapi dia memberitahu sidang akhbar itu adalah dalam bahasa Sepanyol. 

“Saya tak faham Inggeris,” kata Lugano yang bermain untuk kelab West Bromwich Albion, musim lalu. 

Sumber - Berita Harian

0 comments:

Post a Comment