Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

Rashid bersama isteri, Karniyurtini dan Muhammad Naqiuddin membaca laporan 
kejadian, ketika ditemui di rumah mereka di Subang Jaya, semalam. 

Subang Jaya: Suspek kes larikan dua budak lelaki kelmarin, berkeras tidak tahu menahu mengenai kejadian itu ketika pasukan polis menahan remaja berusia 17 tahun itu di rumahnya, 2.30 pagi semalam. 

Kedegilan remaja yang masih bersekolah itu menyebabkan suasana pagi rumah ibunya di taman perumahan Puchong Perdana menjadi kecoh tetapi dapatkan ditenangkan apabila ibunya memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. 

Sebelum itu, ibu suspek sendiri membuka pintu rumah bagi membolehkan pasukan polis masuk ketika remaja yang masih bersekolah itu nyenyak tidur. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, penahanan remaja itu susulan penemuan kereta PROTON Gen 2 yang dilarikan suspek pada jam 6.30 petang kelmarin, oleh orang awam. 

Hantar pasukan forensik 

“Kita hanya dimaklumkan penemuan kereta yang dijumpai di Jalan Mawar 1 itu pada jam 8.30 malam, sebelum menghantar sepasukan forensik bagi membuat pemeriksaan dan siasatan di tempat kejadian. 

“Kereta itu diletakkan di bahu jalan 500 meter dari lokasi kejadian yang dilaporkan,” katanya ketika dihubungi, semalam. 
Yahaya berkata, hasil padanan cap jari ya
ng diperoleh, pihaknya kemudian menyerbu sebuah rumah teres dan menahan suspek yang ketika itu sedang tidur.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bilik suspek menemui wang tunai sebanyak RM117 dipercayai diperoleh selepas melarikan kenderaan berkenaan,” katanya. 

Pengecaman orang awam 

Beliau berkata, maklumat tangkapan itu juga turut dibantu hasil pengecaman orang awam yang berada di lokasi kejadian serta kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dilarikan itu. 

“Suspek direman mulai hari ini (semalam) selama empat hari sehingga Sabtu ini,” katanya. 

Dalam kejadian 7.15 pagi kelmarin, Muhammad Naqiuddin Rashid dan adiknya Muhammad Thaqiff dilarikan suspek yang mencuri kereta ibunya Karniyurtini Ishak, 35. 

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa ditinggalkan bersama adik bongsunya di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin ketika ibu mereka menghantar dua lagi adiknya di rumah pengasuh.

Sumber - Berita Harian

0 comments:

Post a Comment