Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, October 12, 2013

No Comment

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) bercadang menggunakan Teknologi Garisan Gol (GLT) di kejohanan Piala Dunia antara kelab, Disember ini.

Menurut Fifa, cadangan itu susulan kejayaan pengunaan GLT di Piala Konfederasi, Jun lalu.

Malah, badan induk bola sepak dunia itu mahu meneruskan cadangan berkenaan di Piala Dunia Brazil, tahun hadapan.

“Kejayaan GLT pada Piala Konfederasi di Brazil, Jun lalu menjadi bukti teknologi ini berkesan. Jadi, kami mengesahkan syarikat GoalControl akan menjadi penyedia GLT pada pertandingan Piala Dunia tahun hadapan,” menurut kenyataan rasmi Fifa.

Dalam sistem  yang digunakan, GLT menggunakan 14 kamera berkelajuan tinggi yang dipasang sekitar tiang gol.

Kamera akan mengesan pergerakan bola dan andai melepasi garisan gol, ia secara automatik menghantar isyarat kepada pengadil untuk mengesahkan jaringan. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment