Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 25, 2014


Kejam. Itu sahaja yang boleh dilafazkan terhadap individu yang dikenalpasti sebagai Faiz yang menipu 75 orang miskin dan anak yatim di Johor Bharu.

Faiz dikatakan membuat janji palsu kepada anak-anak yatim ini dengan menipu untuk memberi mereka penginapan percuma dan juadah berbuka puasa beserta sumbangan di sebuah hotel. Anak-anak yatim ini terpaksa menempuhi perjalanan sejauh 354 kilometer untuk ke Hotel Berjaya Waterfront di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut, kelmarin.

Saya tidak tahu apa salah anak yatim dan anak dari keluarga kurang berkemampuan hingga ada pihak tertentu sanggup menganiaya mereka Ramadan ini,” kata Amirah Ariffin, salah seorang pengiring anak yatim tersebut, 47, semalam.

Kesemua 75 peserta rombongan berkenaan berusia antara 5 hingga 18 tahun. Mereka adalah anak yatim dan keluarga kurang mampu dari Jalan Pahang Lama, Gombak Selangor. Rombongan ini diuruskan oleh Surau Silaturrahim kampung berkenaan setelah lelaki bernama Faiz berkenaan menyatakan dia mahu meraikan anak-anak yatim berkenaan.

Lelaki bergelar Faiz menghubungi saya Isnin lalu (21 Julai) meminta kerjasama mengumpul 75 anak dari keluarga miskin dan anak yatim untuk dibawa ke Johor Bahru di mana majlis itu dikatakan bakal diadakan pada 23 Julai (kelmarin).

Saya dan sukarelawan surau bersyukur lelaki itu menyatakan niat murni pengurusan hotel menaja kemudahan pengangkutan, penginapan dan makanan,” katanya.

Kali terakhir kami menghubungi Faiz ketika dalam perjalanan iaitu jam 11 pagi kelmarin dan kami pelik kerana selepas dua jam, dia mematikan telefon.

Sebaik tiba di lobi hotel pada 2.30 petang, saya dimaklumkan tiada tempahan bilik hotel atau penganjuran majlis.

Kami buntu kerana tidak memiliki sumber kewangan menguruskan penginapan dan makanan peserta hingga terpaksa memaklumkan kejadian kepada pihak hotel dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya yang bertolak pulang ke Gombak jam 12 tengah hari, semalam.

Sementara itu, salah seorang peserta rombongan, Muhammad Hishamuddin, 17, berkata, dia dan rakannya tidak menyangka diperdaya pihak tertentu.

Ini kali pertama saya menjejak kaki ke hotel. Saya berterima kasih kerana pengurusan hotel bersimpati dengan nasib kami dan menawarkan penginapan sehari, makanan serta kemudahan bas untuk pulang,” katanya. - SiakapKeli.com

12 comments:

  1. Sanggup buat mcm ni...anak yatim oiii..jgn buat pasal...!!!!

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah..tauke hotel ni murah hati

    ReplyDelete
  3. Semoga mdpt balasan yg setimpal pd
    Org yg aniaya anak2 yatim ni.trima kasih pd pemilik hotel ni

    ReplyDelete
  4. Buat police report je .. rasanya tak susah untuk pihak polis menjejak siapa si Faiz tu .. saya syak si Faiz ni tentu ada apa-apa hal dgn Hotel Berjaya Waterfront di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut .. atau pun si Faiz ni ada apa-apa hal dgn Surau Silaturrahim! Faiz ni pun tak ada hati perut ke gunakan anak yatim untuk sampaikan hajat dia?

    ReplyDelete
  5. x semene2 tauke hotel dpt pahala, budak dpt tido n makan. rezeki Allah punya apa mau takut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3. Betapa untungnya pemilik hotel itu. Time bulan puasa ni lagi

      Delete
  6. Moga2 individu tersebut mendapat hidayah dan taubat. Ni salah sesama manusia minta ampun dengan Tuhan tak cukup. Aku kira besar yang teramat la dosa buat kerja macam ni. Nak fikir berapa besar dosa ni pun seram weh

    ReplyDelete
  7. Terharu dengan sikap Pemilik Hotel yang sedia melayan anak anak Yatim tersebut dan memberi apa yang diimpikan oleh anak2 yatim tersebut sebelum dan semasa perjalanan ke Hotel Waterfront. Semuga Allah membalas jasabaik pihak Hotel Waterfront. Wahai Faiz kamu tunggulah pembalasan Allah, kamu lupa kekuatan doa anak2 yatim .

    ReplyDelete
  8. that moment bila takde black n white n not even a full identification. faiz bin apa ke tak tau ke...... *bahaya org zaman skrg. faith in humanity got destroyed a little.

    ReplyDelete
  9. Faiz ohh Faiz tak sangka ko masih buat kerja camni di bulan Ramadhan yang mulia ini..

    ReplyDelete
  10. Ape susah, Pengiring rombongan ade no phone lahanat tuh, bg polis, slesai...

    ReplyDelete