Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 25, 2014

No Comment


THE HAGUE: Penyiasat Belanda berkata mereka sudah memuat turun data daripada perakam kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine dan mendapatinya tidak diusik. 

“Tiada bukti atau petanda manipulasi alat perakam yang ditemui itu,” kata Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) dalam satu kenyataan. 

“Data berjaya dimuat turun dan perakam itu mengandungi data sah daripada penerbangan berkenaan,” katanya. 

Rabu lalu OVV berkata ia sudah berjaya memuat turun rakaman daripada alat perakam suara kokpit itu 

Alat perakam berkenaan, yang diperoleh daripada serpihan di timur Ukraine, kini dianalisa di ibu pejabat Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB)di Farnborough, di barat daya London.

Pakar AAIB ditugaskan mendapatkan maklumat daripada perakam suara kokpit itu, yang mendedahkan perbualan juruterbang selama beberapa jam.

Kotak hitam itu - yang sebenarnya berwarna oren - dihantar ke Farnborough oleh OVV, yang mengetuai penyiasatan antarabangsa berhubung pesawat yang terhempas itu, yang mengakibatkan 298 orang maut, 193 daripada mereka warga Belanda. 
OVV menyelaraskan pasukan penyiasatan dari lapan negara, termasuk Russia. Pemberontak pro-Russia yang mengawal kawasan terbabit menyerahkan kotak hitam itu kepada pegawai Malaysia Selasa lalu, berikutan bantahan antarabangsa mengenai cara mereka mengendalikan kawasan serpihan berkenaan serta mayat mangsa.

Kerajaan Barat menyatakan segala bukti kini menjurus kepada andaian bahawa pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh oleh pemisah pro-Russia. - AFP 

0 comments:

Post a Comment