Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 25, 2014

No Comment
Fuad Masum
BAGHDAD: Ahli politik Kurdis, Fuad Masum dipilih sebagai presiden Iraq baru ke arah pembentukan sebuah kerajaan inklusif. 

Serangan di kawasan Sunnah Arab di utara dan barat Baghdad oleh pergerakan jihad Negara Islam (IS) bulan lalu mengugat keamanan dan mengancam kestabilan negara berkenaan, justeru amat penting baginya membentuk kerajaan kukuh . 

Parlimen yang bersidang semalam memberi sokongan majoriti kepada Masum, yang pernah menjadi perdana menteri pertama di kawasan autonomi Kurdis Iraq selama lebih dua dekad. 

Di bawah perjanjian perkongsian kuasa tidak rasmi, golongan Kurdis Iraq secara tradisinya diberikan jawatan presiden. 

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menemui Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki, yang menekan kepada beliau betapa pentingnya kerajaan lebih inklusif ditubuhkan bagi menyelamatkan negara berkenaan daripada runtuh. 

“Iraq menghadapi ancaman besar yang boleh diatasi dengan pembentukan kerajaan inklusif,” kata Ban pada sidang bersama dengan Maliki. - AFP 

0 comments:

Post a Comment