Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 22, 2014

No Comment
Gambar hiasan

Seramai 122 pelajar Kolej Vokasional (KV) Temerloh, Sanggang dekat sini, disahkan dijangkiti gejala penyakit berkaitan influenza (ILI) dengan 68 daripadanya terpaksa dikuarantin di sebuah blok asrama kolej berkenaan.

Pelajar yang dikuarantin sejak 17 September lalu itu membabitkan 46 lelaki dan 22 perempuan iaitu pelajar tingkatan lima kolej berkenaan manakala 54 pelajar lagi sudah dibenar keluar selepas menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) di sini.

Pemeriksaan terhadap 122 pelajar terbabit dilakukan selepas mereka menghidap simptom ILI seperti batuk, selesema, demam dan sakit tekak.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, 68 pelajar terpaksa dikuarantin bagi mengelak penyakit itu menular kepada orang ramai di sekeliling kolej berkenaan.

Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Temerloh sudah mengambil langkah susulan dengan memantau perkembangan semua pelajar terbabit dan melakukan rawatan lanjut bagi memastikan mereka sembuh dalam tempoh terdekat.

“Semua pelajar yang disyaki dikuarantin di asrama dan dipantau setiap hari oleh pegawai kesihatan daerah bagi memastikan ia tidak menular hingga menjangkiti pelajar lain.

“Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang ke rumah dan sesi lawatan hanya boleh dilakukan di kawasan sekolah dengan dipantau pegawai kesihatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pihaknya sudah membekalkan penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan, namun kolej berkenaan tidak ditutup, sebaliknya sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.

Katanya, setakat ini, keadaan terkawal tetapi pihak berkuasa tetap mengambil langkah berjaga-jaga dan meminta orang ramai mengambil langkah pencegahan dengan kerap mencuci tangan, membersihkan kawasan persekitaran serta segera berjumpa doktor jika mengalami simptom berkenaan.

0 comments:

Post a Comment