Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 21, 2014

No Comment


Seperti yang kita tahu, produk di pasaran biasanya mempunyai haraga-harga yang berbeza bergantung kepada tempat dan peniaga lebih-lebih lagi produk teknologi seperti gadget.
Bagaimanapun dalam mencari barangan dengan harga yang rendah kita sebenarnya terdedah kepada risiko ditipu mungkin dari segi keaslian juga kondisi barangan tersebut. Lebih teruk lagi jika membeli melalui talian yang mana anda mungkin tidak menerima barang yang dibayar.

Berikut adalah satu kisah yang dikongsikan kepada Siakapkeli mengenai pengalaman yang dialalui dalam pemebelian menerusi talian. ─ SiakapKeli.com

Ini semalam punya cerita. Waktu kelas petang kawan aku adi (bukan nama sebenar) bgtau aku die nk beli iphone 5s melalui mudah.com. Die bgtau aku harga ip5s tu 1.4k. Aku pelik kenapa murah sgt.

(Dialog adi dgn kak fiza (01141082210) (pengiklan di mudah.com) )

Adi: berapa akak boleh bagi kurang?
K.fiza: akak bg 1.5k. Okey.mcm ni. Adik ada berapa dalam poket.
Adi: 1.4k.
K.fiza: ok. Akk bg 1.4k. Tapi kene bayar melalui transfer. 

Aku sambung.

Aku: boleh, tapi saya nak tengok barang tu dulu baru saya transfer.
K.fiza: ok, nanti kawan akak akan bagi phone tu kat adik. Tapi adik kene transfer dulu la senang. Nanti kawan akak jumpe adik, die terus bagi je.
Aku: bole transfer. Tapi saya nak tengok dulu barang. Then saya akan pg maybank transfer duit.
K.fiza: ok.

Aku dah mula rasa lain macam. Selalu peniaga online underground yang jual barang mahal2 ni, die akan bagi tengok barang dulu sebelum buyer buat payment. Tapi aku tak tau la kalau ada sebaliknya.

So adi ni pon ajak aku pegi wangsa melawati sbb nk jumpe k.fiza ni pukol 6.30ptg. X lama lepas tu,dia kata kawan dia yg akan dtg. Time tu kitorang dah otw. Kitorang call die bnyk kali time tu. Dia mcm susah nk anggkat. Dia just msg je adi.

Dia hantar msg semula yg kawan dia x jd dtg ptg tu. Dia kata nk jumpa malam kat ampang point depan maybank. Tapi si adi ni nak balik kampung dia petang tu jugak. So dia minta tolong aku pergi ambil phone tu dan bayar.

Aku pon pergi la ampang point. Sebelum aku nak pergi tu, aku msg dia.

Aku:  so mcm mana ni kak? Jadi ke malam ni nak bagi barang?
K.fiza: jadi. Harga tetap akak bagi 1.4k untuk serius buyer.
Aku: ok je.
K.fiza: tapi adik jangan bgtau kawan akak yang akk jual kat adik 1.4k. Sbb akak pada mulanya nak jual kat dia 1.8k. Takut dia kecik hati pulak nanti. So nanti adik terus je bank in 1.4k kat akak. Nanti adik amek terus je ip5s tu.
Aku: ok2. Takde masalah. Tapi apa2 pon saya nak tgk barang tu dulu.
K.fiza: ok. Nanti akk bgtau kawan akk.

Aku pon sampai dekat maybank. Tnggu kawan dia. Then kawan dia sampai. Aku pon cek la phone tu elok ke x.no serial apa sume. Ok. Condition tip top macam baru beli. 

Aisyah: ni kawan kak fiza ke?
Aku: eh.bukan2. Sy ni tolong member amek phone ni. Duet dah ada dah kat saya.
Aisyah: oo..ok la kalau macam tu. Ni awak cek la phone ni.

Aku pon cek condition sume.

Aku: phone sume ok. So, awak tnggu sini kejap, sy nak pergi bank in dekat kat fiza.
Aisyah: ok. Tapi saya x bole bg dekat awak phone ni selagi saya x dapat duet.
Aku: eh. Bukan sy just bank in dekat kak fiza tu ke? Awak ni kawan kak fiza kan?
Aisyah: bukan,saya yang buat iklan kat mudah.com nak jual ip5s ni. Die kata nanti awak bank in dekat die,pastu baru die bank in terus dekat saya. Die akan topup. Tapi saya takkan bagi phone ni selagi die x bankin kat saya duet.
Aku: topup? Awak nak jual berapa sebenarnya ni?
Aisyah: sy buat iklan dalam mudah.com rm2250.

Dia pon tunjuk bukti by email die yang die buat iklan tu dgn harga rm2250.

Aku: phone ni sapa punya sebenarnya?
Aisyah: saya.
Aku: jadi baik saya bayar kat awak terus. Buat apa saya nak bayar dekat die.
Aisyah: itu la pasal. Saya pon dah pening sbrnya.

Aku dah mula rasa lain mcm. Tak lama kejap tu, kak fiza ni bg no akaun dia. (158097810132- mohd al-wafiy bin jepri nahar)

K.fiza: nanti dah bank in call akak ye.

Aku call dia.

Aku: assalam kak. Ni apa cita ni. Skang akak cite elok2 mcm mana perjalanan dia.
K.fiza: hello, amar. Hello. Tak jelas la. Nanti akak call aisyah tu. Akak cakap dengan die.

Tup die letak phone. Kitorang tnggu la die call balik.. Then kitorang call die, die x angkat. Mati teros phone dia. Aku bincang dgn si aisyah ni, kalau mcm ni halnya, x jadi beli lah. Aku dgn die pon balik.

Nasib baik x bank in lagi. 1.4k kot. Bnyk tu. Korang lepas ni pandai2 la kalau nk beli barang online. Jangan bernafsu sangat nak beli barang murah, sampai kene tipu.

0 comments:

Post a Comment