Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 10, 2014

No Comment

PRAGUE – Jaringan pada minit terakhir pemain gantian, Vaclav Pilar membantu Republik Czech membuat kejutan menewaskan Belanda 2-1 dalam saingan Kumpulan A, kelayakan Euro 2016, pagi tadi.

Terdahulu, Borek Dockal meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-22 tapi jaringan penyamaan Stefan de Vrij pada minit ke-55 tampak seperti dapat membantu pelawat pulang berbekal satu mata.

Namun, Pilar hadir membuat Belanda menggigit jari dengan ledakan pada minit-minit terakhir untuk kemenangan penting bagi pasukan memulakan kempen dengan nota positif.

Belanda yang memenangi pingat gangsa di Piala Dunia 2014 d Brazil, Julai lalu jelas tidak menyerlah sejak tewas kepada Itali 2-0 dalam aksi persahabatan, minggu lalu.

Pasukan berkenaan kini dibimbing Guus Hiddink yang menggantikan Louis van Gaal.

Skuad Oranje itu juga hadir tanpa beberapa bintang Piala Dunia termasuk Arjen Robben, Klaas-Jan Huntelaar dan Ron Vlaar. Ini adalah kekalahan pertama Belanda dalam satu perlawanan kompetitif sejak Euro 2012.

“Ia satu kekalahan amat perit, tambahan dengan gol pada minit terakhir,” kata Hiddink.

“Pertahanan kami banyak melakukan kesilapan dan anda tidak boleh menyalahkan sistem digunakan hari ini. Lagi pun pasukan Czech tidak banyak memberi ruang kepada kami mencipta peluang jaringan.

“Kami hanya dapat belajar sesuatu daripada perlawanan pembukaan ini.” – AFP

0 comments:

Post a Comment