Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment

SUBANG JAYA: Pelakon Raja Farah meminta agar semua pihak menghentikan segala spekulasi dan khabar angin mengenai  rumahtangganya yang dikhabarkan berantakan.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 26, berkata, khabar angin itu bukan sahaja tidak berasas, malah boleh menjejaskan rumah tangga yang dibina hampir empat tahun itu.

"Saya tidak tahu bagaimana cerita tentang rumah tangga saya boleh dijaja oleh orang luar yang tidak ada kena mengena dengan kami.

"Bohonglah kalau kami tidak pernah bergaduh tapi tidak sampai bergaduh besar hingga ingin berpisah seperti yang diperkatakan.

"Saya harap sangat spekulasi cerita tentang peribadi dan rumah tangga saya ini tidak diperkatakan lagi," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran drama siri original Tonton berjudul Hanya Satu di Empire Shopping Gallery, di sini, Rabu.

Raja Farah berkata demikian bagi mengulas khabar angin yang mengatakan rumah tangganya sedang bergolak berikutan dia mengambil keputusan untuk kembali semula dalam industri seni.

Raja Farah mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria pada 2010.

Selepas perkahwinan itu Raja Farah meninggalkan bidang lakonan bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.

Dalam pada itu, Raja Farah berkata, khabar angin tersebut tercetus apabila dia sering ke majlis-majlis hiburan secara bersendirian tanpa ditemani suami.

"Saya datang ke majlis hiburan sendirian atau bersama ibu saya kerana suami bekerja di Pulau Perhentian, Terengganu, manakala saya tinggal bersama keluarga di Shah Alam (Selangor).

"Mungkin kerana perkara itu membuatkan ramai pihak mula mempertikaikan status rumah tangga kami," ujarnya.

Raja Farah mengakui suaminya turut kecewa dengan spekulasi yang tersebar itu.

Jelasnya, cerita-cerita buruk tentang hal dalaman dan peribadi yang keluar itu boleh mengaibkan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Suami saya marah kerana gosip macam ni melampau dan mengaibkan kami. Kami tidak ada apa-apa masalah pun tetapi dituduh yang bukan-bukan.

"Sejak daripada dulu lagi ketika kami berkahwin pun orang tuduh saya sudah mengandung sebelum nikah, walhal sampai sekarang saya belum dikurniakan anak," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, keputusan untuk kembali semula berlakon adalah kerana terlalu merindui bidang yang ditinggalkannya itu.

Dia meminta keizinan dan pendapat suami terlebih dahulu sebelum menerima sesuatu tawaran.

"Saya rindu nak berlakon semula dan bosan juga duduk sahaja di rumah. Saya minta pendapat suami dulu sebelum ambil keputusan ini dan Alhamdulillah dia setuju.

"Namun ada batasannya sebagai seorang isteri untuk terima watak tertentu dan kalau boleh yang tidak menganggu tanggungjawab sebagai isteri," katanya.

Sementara itu, Raja Farah bakal muncul sebagai bintang jemputan dalam drama Hanya Satu yang akan bersiaran pada pukul 12 tengah hari bermula 15 September.

Drama itu boleh disaksikan di laman web Tonton music www.tontonmusic.com.my.

Ia turut diterajui oleh Syarif (Sleeq), Kilafairy, Qhaud Rashid dan Wan Sharmila. - mStar

0 comments:

Post a Comment