Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment


LONDON: Sentimen 'rakan lama' akan dilupakan pengurus Everton, Roberto Martinez ketika berkunjung ke The Hawthorns, Sabtu ini untuk meraih kemenangan ke atas West Bromwich Albion yang ketika ini dilatih bekas rakan sekerjanya, Alan Irvine.

Kedua-dua pasukan bergelut tanpa sebarang kemenangan selepas berakhir tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan Everton berada di kedudukan ke-17 dan West Brom (18).

Kerana itu, tiada belas kasihan akan ditampilkan, kata pengendali kelahiran Sepanyol, Martinez.

"Ia menjadi sesuatu yang menarik untuk bertemu Alan," kata Martinez. "Dia seorang lelaki yang budiman dan amat dihormati semua dalam bola sepak.

"Dia melakukan kerja yang amat menakjubkan di kelab kami sekalipun memainkan peranan berbeza dan saya mengucapkan kepadanya yang terbaik untuk projek barunya, namun bukan pada minggu ini."

Irvine menghabiskan masa selama tiga tahun melatih skuad remaja Everton sebelum menggantikan tugas Pepe Mel sebagai jurulatih West Brom pada Jun.

"Kami memperoleh banyak keputusan yang baik daripadanya dengan visinya dan sebelum ini dia juga memegang jawatan berat sebagai penolong pengurus.

"Kami mengenali ramai individu di sana dan jelas pengurusnya (Irvine) sudah menjadi sebahagian daripada kami sejak begitu lama jadi kamu boleh memahami ada banyak persamaan di antara kedua-dua pasukan," katanya.

Everton ketika ini berharap untuk bangkit daripada kekalahan 6-3 kepada pendahulu liga, Chelsea pada perlawanan sebelum ini. - REUTERS/BH Online

0 comments:

Post a Comment