Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia hari ini menyangkal dakwaan kononnya mereka memberikan layanan buruk terhadap seorang aktivis dari New Zealand, Natalie Lowrey sepanjang urusan beliau dihantar balik ke Bali, Indonesia.
 
Ketua Pengarahnya, Datuk Aloyah Mamat berkata, wanita itu telah dilayan dengan baik sepanjang berada dalam jagaan Imigresen walaupun didapati telah disenaraikan dalam golongan orang-orang yang dilarang masuk Malaysia.
 
Beliau berkata, Lowrey dikeluarkan dengan Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/63.
 
"Beliau telah dilayan dengan baik sementara menunggu pihak AirAsia, menguruskan penerbangan untuk menghantar beliau ke Bali semula.
 
"Penerbangan AirAsia bertanggungjawab untuk menguruskan penerbangan balik dan juga makan minum beliau semasa menunggu pesawat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Menurut Aloyah, Lowrey pada mulanya enggan dihantar semula ke Bali dan ingin ke Sydney, namun beliau tetap dihantar semula ke Bali pada Isnin lepas dengan penerbangan AirAsia QZ 551 pada jam 9.45 pagi.
 
Mengikut prosedur antarabangsa, orang-orang yang ditolak kemasukannya hendaklah dihantar balik ke lapangan terbang di mana beliau menaiki pesawat  semasa hendak memasuki negara seterusnya.
 
Sebuah portal sebelum ini melaporkan wanita berkenaan telah dilayan dengan buruk serta tidak diberi makanan dan minuman sepanjang pengurusan penghantaran semula beliau ke Bali. - Bernama

0 comments:

Post a Comment