Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor menyelar laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan yang mendakwa kegiatan kecurian kayu bakau di Selangor bakal melenyapkan enam pulau di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, laporan akhbar tabloid itu kononnya pulau terbabit akan lenyap disebabkan hakisan ombak adalah mustahil dan kurang tepat.

“Jabatan Perhutanan Selangor memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bahawa keluasan hutan simpanan kekal sebenarnya telah bertambah dari 15,090 hektar kepada 18,998 hektar pada tahun 2009.

“Ia termasuk Kawasan Hutan Simpan Pulau Ketam yang diwartakan sebagai hutan simpanan kekal pada 6 Mei 2009 seluas 2,365 hektar yang asalnya merupakan tanah kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Khalid turut menjelaskan Jabatan Perhutanan Selangor tidak mengeluarkan lesen pengeluaran kayu bakau sejak 2010.

Beliau turut menafikan laporan akhbat itu kononnya 200,000 batang bakau bernilai RM2 juta dicuri setiap bulan.

Jelasnya, jika dakwaan itu tidak benar maka sebanyak 1,800 hektar hutan paya laut telah digondol sedangkan perkara itu tidak berlaku.

Malah, katanya, Jabatan Perhutanan Selangor menjalankan projek penanaman semula yang melibatkan sebanyak 438,738 pokok dengan keluasan 171 hektar.

Tambah beliau, keperluan kayu bakau di Selangor juga mencukupi kerana kerajaan negeri mengimport bahan itu dari dalam dan luar negara.

Menurutnya, sehingga 1 September 2014, sebanyak 215,500 batang kayu bakau jaras telah dibawa masuk daripada Indonesia menggunakan dokumen Kebenaran Import (AP).

Manakala, kata beliau, sejumlah 349,527 batang kayu jaras bakau dipindah masuk ke negeri ini iaitu daripada Perak, Melaka, Johor dan dan pengimport negeri Selangor.

“Jumlah keseluruhan pergerakan keluar masuk kayu jaras bakau ialah 565,027 batang dan jumlah ini mencukupi bagi menampung permintaan di Selangor,” katanya.

Kata beliau, proses hakisan dan penambakan sebenarnya merupakan proses semulajadi di kawasan pesisir pantai yang berombak yang merupakan kaedah “cut and fill” secara semulajadi.

“Tambakan pasir laut menghasilkan daratan baru yang dikenali “mudflat” seperti yang berlaku di Hutan Simpan Pulau Ketam, Hutan Simpan Pulau Tengah dan Hutan Simpan Pulau Cek Mat Zin.

“Maklumat itu membuktikan laporan akhbar berkenaan bahawa pulau-pulau di Selangor akan lenyap disebabkan hakisan ombak adalah mustahil dan kurang tepat,” tegasnya.

0 comments:

Post a Comment