Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 10, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR – Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang lebih cekap bagi menggantikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang lemah, tepat pada masanya, kata menteri dan timbalan menteri.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata pelaksanaan cukai baharu itu sudah lama dirancang.

“Perdana Menteri berkata beliau akan memastikan pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat menerusi tambahan RM300 untuk BR1M bagi golongan kurang berkemampuan serta pengurangan cukai pendapatan bagi golongan berpendapatan pertengahan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Penerangan Perdana GST di sini hari ini.

SST mengandungi lima komposisi, menyebabkan pelbagai kadar antara 5 hingga 10 peratus dilepaskan kepada pengguna, sedangkan GST hanya mempunyai satu komponen pada kadar standard iaitu 6.0 peratus.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pelaksanaan GST akan memastikan sistem percukaian yang lebih cekap memandangkan daripada 12 juta pekerja, hanya 1.2 juta sahaja yang membayar cukai pada masa ini.

Beliau berkata, sudah sampai masanya perkara ini dikaji semula oleh kerajaan, pada masa yang sama dengan memastikan asas sistem percukaian yang lebih luas.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem berkata, majlis penerangan itu merupakan permulaan yang baik, berdasarkan kehadiran menteri, organisasi bukan kerajaan dan pelajar.

“Dalam ucapannya, Najib menjelaskan kepada orang ramai bahawa acara itu dipanggil Majlis Penerangan ‘Perdana’ GST memandangkan lebih banyak forum akan dilaksanakan,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment