Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 6, 2014

No Comment

UTRAJAYA – Malaysia akan menyertai inisiatif Australia, Rancangan Colombo Baharu yang bermula tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata rancangan itu akan menyaksikan pelajar universiti di Australia yang berminat datang ke Malaysia untuk tempoh satu atau dua semester selain menyertai program mobiliti seperti latihan semasa bekerja.

Bercakap dalam sidang media bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di sini hari ini, Najib berkata Malaysia secara rasmi menerima jemputan Australia untuk menyertai Rancangan Colombo Baharu.

Malaysia dan Australia mewarisi skim biasiswa di bawah Rancangan Colombo asal yang merekodkan 20,000 pelajar dari rantau ini belajar di Australia bermula 1950-an hingga pertengahan 1980-an.

Abbott pula berkata hubungan antara Australia dan Malaysia menjadi bertambah kukuh dengan kira-kira 300,000 rakyat Malaysia telah mendapat pendidikan di Australia.

“Dalam setahun, terdapat kira-kira 20,000 rakyat Malaysia belajar di institusi pengajian Australia di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment