Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 4, 2014

No Comment


Seorang pegawai perisikan kanan tentera Israel mengakui terkejut dengan keupayaan pejuang-pejuang Palestin semasa serangan mereka terhadap Gaza baru-baru ini.

Pegawai yang tidak mahu namanya disiarkan berkata demikian dalam satu taklimat di Tel Aviv lewat Selasa lapor PressTV.

Pegawai tersebut turut mengagumi latihan yang diterima pejuang Palestin dari kumpulan Jihad Islam dan Hamas.

Beliau juga bercakap mengenai gaya komando amfibia pejuang Palestin sambil menambah, "Anda boleh lihat bahawa mereka pasti telah dilatih di luar Semenanjung Gaza."

Kenyataan itu datang apabila Tel Aviv mendakwa 69 orang tenteranya terbunuh dalam konflik itu, namun kumpulan penentang Palestin meletakkan jumlah yang lebih tinggi daripada itu.

Pegawai itu juga menegaskan bahawa rejim Tel Aviv tidak menjangkakan 50 hari serangan udara dan darat itu bertahan selama itu, menunjukkan bahawa tentera Israel sebelum ini memandang rendah kekuatan pejuang Gaza.

“Jika anda bertanya kepada saya dua bulan yang lalu, saya tidak akan terfikir perang itu akan berlarutan sehingga 50 hari.

"Pihak kami menyangkakan ia akan mengambil masa lebih singkat dari itu namun kami salah, ia adalah satu kesilapan penilaian taktikal" kata pegawai tersebut.

Serangan kejam Israel berakhir pada 26 Ogos lalu melalui gencatan senjata yang ditaja Mesir dan* berkuatkuasa selepas rundingan Kaherah.

Lebih 2 ribu rakyat Palestin terbunuh dengan kebanyakan adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Hampir 2,140 warga Palestin, kebanyakannya orang awam, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua, telah terbunuh dalam 50 hari serangan Israel ke atas Gaza dan 11,000 orang lagi cedera parah. ─ Astro Awani

0 comments:

Post a Comment