Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 13, 2014

No Comment

DOMMAL Food Services Sdn Bhd pengendali rangkaian restoran Domino’s Pizza akan membuka 20 lagi cawangan baharu di Malaysia dan Singapura sehingga hujung tahun ini.

Pengurus Besar Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Ab Rahman berkata, buat masa ini terdapat 122 cawangan Domino’s Pizza di Malaysia dan 16 di Singapura.

“Kami akan buka 16 cawangan baru di Malaysia manakala empat  di Singapura sehingga hujung tahun ini dengan pelaburan RM500,000 setiap cawangan,” katanya selepas merasmikan Peraduan Makan, Minum dan Menang oleh Domino’s Pizza di Subang Perdana, semalam.

Ditanya mengenai penguasaan pasaran bagi segmen penghantaran makanan dan minuman (F&B), Shamsul Amree berkata, buat masa ini Domino’s Pizza berada di tangga teratas.

“Domino’s Pizza nombor satu bagi penghantaran piza dalam negara dan kedudukan itu akan dikekalkan dengan pembukaan beberapa cawangan kami yang baharu serta strategi pemasaran yang kami laksanakan,” katanya.

Sementara itu, pengeluar minuman Permanis Sandilands Sdn Bhd (Permanis) juga merupakan rakan usaha sama Domino’s Pizza bagi Peraduan Makan, Minum dan Menang, bersedia sepenuhnya menghadapi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015.

Ketua Pegawai Operasinya, Ng Eng Cheang berkata, buat masa ini, Permanis mempunyai perunding yang membantu dalam memberi tunjuk ajar bagi menghadapi pelaksanaan GST.

“Pelaksanaan GST adalah sesuatu yang baik untuk Malaysia dan bagi perniagaan ia menjadikan kita untuk lebih inovatif serta sentiasa mencari peluang kembang perniagaan,” katanya.

Peraduan Makan, Minum dan Menang oleh Domino’s Pizza dengan usaha sama Permanis menawarkan sebuah Honda Jazz 1.5L S serba baharu bermula 8 September hingga 19 Oktober.

Pelanggan hendaklah meneka bilangan botol Mountain Dew Blue Shock yang boleh dimuatkan ke dalam kereta dan mereka slogan kreatif untuk menang.  Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment