Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 10, 2014

No Comment

Perjanjian akhir penstrukturan air Selangor akan tetap diteruskan seawal esok walaupun persoalan timbul berkenaan kesahihan kontrak itu kerana menteri besar bakal diganti tidak lama lagi.

Sumber terlibat dengan persiapan perjanjian itu memberitahu The Malaysian Insider, Putrajaya dan Selangor akan tetap menandatangani perjanjian berkenaan walaupun seorang pemimpin Selangor mempersoalkan kesahihan perjanjian itu kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digantikan.

Salah satu dokumen yang akan ditandangani ialah perjanjian utama yang menyatakan secara terperinci semua langkah Putrajaya dan Selangor menggugurkan penswastaan industri air sekali gus mengembalikannya kepada rakyat.

Selangor juga dijangka menandatangani perjanjian membeli kepentingan 3 syarikat yang merawat dan membekalkan sejumlah 3,900 juta liter air sehari untuk kegunaan 7 juta penduduk.
Operasi tiga syarikat berkenaan, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syabas Sdn Bhd dan Abass akan diambil alih entiti milik kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

PNSB dan Abass menjalankan operasi di beberapa loji rawatan air manakala Syabas bertanggungjawab untuk sistem pengedaran air.

Dua memorandum persefahaman (MOU) sebelum ini ditandatangani selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang biasa diadakan pada Rabu.

Pada 1 Ogos, Selangor dan Putrajaya menandatangani perjanjian antara kerajaan yang memuktamadkan perkara itu.

Di bawah termanya, Putrajaya akan membantu Selangor dalam proses menggugurkan penswastaan industri air itu dan sebagai ganti, Selangor akan memberikan kebenaran untuk projek Loji Rawatan Air Langat 2 bernilai RM3.6 bilion diteruskan.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor berjanji kepada pengundi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mereka akan menyelesaikan penstrukturan air bernilai RM20 bilion jika diberikan mandat sekali lagi.

Mereka mendakwa penswastaan industri air syarikat berkaitan Umno menyebabkan berlakunya gangguan dan ketirisan meskipun tarif air dinaikkan setiap tahun.

Namun, perkataan yang digunakan dalam perjanjian yang ditandatangani Khalid itu dikritik pimpinan partinya sendiri ketika itu, PKR dan DAP.

Mereka mendakwa perjanjian itu menyebabkan terlalu banyak ikatan komitmen dibuat Selangor terhadap Putrajaya walaupun tiada jaminan kukuh industri itu akan berterusan kembali kepada rakyat.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago semalam mempersoalkan sama ada perjanjian akhir itu sah kerana Khalid hanya dianggap sebagai menteri besar "caretaker" pada waktu ini.

"Menandatangani perjanjian air ketika dalam proses transisi kepimpinan akan membawa kepada persoalan kesahihannya, terutamanya memandangkan tiada keterbukaan dan ketelusan dalam rundingan selama ini.

"Ia sepatutnya tunggu hingga kepimpinan baharu Selangor mengangkat sumpah, atas nama urustadbir yang baik dan kebertanggungjawaban," kata Santiago.

Khalid dipecat daripada PKR pada Julai dan hilang keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Sultan bagaimanapun memintanya kekal mentadbir sehingga baginda memilih calon pengganti daripada 43 Adun PR. – The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment