Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 11, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran final kepada skuad negara pada Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2014 di Stadium Malawati, Shah Alam dari 19 hingga 27 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata kelebihan selaku tuan rumah wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh skuad kendalian Maizal Hairi Marzuki itu untuk mara ke final.

“Oleh itu, saya amat berharap, pasukan kita dapat muncul juara Kumpulan A bagi mencerahkan peluang mara ke final. Pada peringkat kumpulan, kita perlu memberi tumpuan kepada Australia dan Indonesia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tajaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata enam aksi persahabatan dengan Thailand, baru-baru ini memberi harapan yang menggalakkan selepas skuad negara menang empat kali dan tewas dua kali.

“Semua pemain akan berlepas ke Melaka hari ini untuk kem motivasi. Saya lihat kelemahan utama ketika di Thailand tempoh hari adalah kita terlalu menghormati lawan sehingga permainan kita tidak begitu stabil.

“Menerusi kem motivasi tersebut, kita berharap dapat menerapkan kekuatan mental pemain,” kata Mohd Yusoff, yang juga pengurus pasukan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Australia, Brunei, Timor Leste dan Indonesia.

Skuad negara akan membuka kempen dengan menentang Indonesia pada 19 September; Brunei (20 September); Australia (22 September) sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan dengan menentang Timor Leste pada 23 September ini.

Kumpulan B terdiri daripada juara bertahan Thailand, Vietnam, Myanmar, Filipina dan Laos.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad negara adalah muncul naib juara pada edisi 2003 di Kuantan, Pahang dan 2005 di Bangkok, Thailand. Ini adalah kali ketiga Malaysia dipilih sebagai tuan rumah selepas 2001 di Kuala Lumpur dan 2003 di Kuantan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment