Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 13, 2014

No Comment

TUMPAT – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin hari mengundi pada hari bekerja bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini tidak akan menjejaskan pergerakan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata penelitian dan pertimbangan sewajarnya sudah dilakukan pihaknya sebelum tarikh berkenaan diputuskan.

“Sebelum ini kita ada pengalaman buat (pilihan raya) pada hari biasa atau hari bekerja…hari Selasa, Rabu. Kehadiran pengundi masih sama.

“SPR juga dapati majoriti pengundi di sini adalah mereka yang bekerja sendiri terdiri daripada nelayan, petani dan buruh, jadi mereka tidak terikat pada hari bekerja,” katanya pada sidang media di sini.

Pada sidang media itu, Abdul Aziz turut memperkenalkan bakal penggantinya iaitu Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Menyentuh proses penamaan calon pagi tadi, Abdul Aziz berpuas hati dengan perjalanannya dan menyimpulkan ia berlangsung dengan baik, teratur, memenuhi syarat dan lancar.

Katanya, anggaran kehadiran juga sekitar 2,500 orang, tanpa wujud sebarang provokasi melampau antara penyokong parti sehingga menimbulkan ketegangan.

“Penyokong juga seperti yang saya terima laporan mematuhi peraturan, tidak membawa alat muzik. Cuma ada segelintir kumpulan dilihat membawa patung, bantah Akta Hasutan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan parti yang bertanding mengelak daripada mengadakan ceramah pada jarak terlalu dekat supaya kekecohan tidak berlaku, selain berkempen secara berkhemah.

“SPR juga sudah lantik tiga pasukan keselamatan yang akan memantau sepanjang waktu kempen bermula hari ini hingga waktu pengundian kelak. Mana-mana poster dan kain rentang yang jelas melanggar peraturan akan ditanggalkan,” katanya.

SPR sebelum ini menetapkan 25 September sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Pengkalan Kubor, pengundian awal pula pada 21 September.

Berdasarkan daftar pemilih terkini SPR, kawasan DUN berkenaan mempunyai 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara. - BH Online

0 comments:

Post a Comment