Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 3, 2014

No Comment


NEW YORK – Juara lima kali, Roger Federer menempah pertembungan suku akhir menarik Terbuka Amerika Syarikat (AS) menentang jaguh Perancis, Gael Monfils yang menyaksikan cubaan generasi baru untuk melakar kejutan terus berdepan kegagalan.

Pilihan kedua, Federer melangkah ke perlawanan ke-10 suku akhir Terbuka AS dalam tempoh 11 tahun selepas mencatat kemenangan 6-4, 6-3, 6-2 ke atas pemain Sepanyol, Roberto Bautista Agut.

Manakala Monfils yang juga pilihan ke-20 kejohanan melangkah ke suku akhir keduanya di Terbuka AS selepas menewaskan pemain muda berbakat dan pilihan ketujuh, Grigor Dimitrov 7-5, 7-6 (8/6), 7-5.

Untuk rekod, juara 17 kali gelaran Grand Slam, Federer memiliki kelebihan 7-2 dalam rekod pertemuan menentang Monfils sebelum ini termasuk di Kejohanan Cincinnati bulan lalu.

“Ia perlawanan tiga set yang sukar di Cincinnati,” kata Federer. “Gael sentiasa menampilkan permainan yang hebat, dia sentiasa amat menghiburkan. Saya yakin kita akan melihat banyak pukulan yang hebat dan serangan daripada saya.”

Dalam pada itu, Monfils yang mendapat sokongan padu peminat di stadium terpakasa bangkit selepas hampir tewas pada set kedua yang ditentukan dengan tie-break.

“Ini kemenangan pertama saya di Stadium Ashe dan ia hebat,” kata Monfils yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-28, Isnin lalu. “Saya gembira untuk bermain di New York. Ada begitu banyak tenaga dan ia membantu saya beraksi dengan baik dalam perlawanan ini.”

Dalam pada itu, pilihan keenam dari Republik Czech , Tomas Berdych turut mara selepas menewaskan pemain Austria, Dominic Thiem 6-1, 6-2, 6-4 diikuti pilihan ke-14,

Marin Cilic yang turut mara selepas menewaskan pemain Perancis, Gilles Simon 5-7, 7-6 (3), 6-4, 3-6, 6-3. – AFP

0 comments:

Post a Comment