Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 18, 2014

No Comment

DORTMUND – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memohon pengkritik serta peminat kelab itu supaya bersabar terutama dengan penyerang England, Danny Welbeck selepas mempamer persembahan longlai ketika tewas 2-0 kepada Borussia Dortmund dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Wenger, yang akan mengemudi Arsenal bertemu kelab di posisi kedua Liga Perdana Inggeris, Aston Villa, Sabtu ini cukup layu berdepan Dortmund yang berjaya memaksa skuad bimbingannya itu mendedahkan segala kelemahan.

“Cukup sukar untuk membuat penilaian individu sebarang pemain kerana sebagai satu pasukan kami tidak berada pada tahap yang dimahukan,” kata Wenger.

“Mereka (Dortmund) amat, amat kuat di bahagian tengah, ya lebih kuat berbanding kami di bahagian tengah. Ia amat sukar…”

Wenger yang enggan untuk mengulas persembahan buruk pemainnya sehingga melihat kembali video rakaman begitupun terus mempertahankan Welbeck yang dipikat dari Manchester United pada hari terakhir perpindahan musim panas lalu.

“Danny akan meningkat, kita tidak perlu risau mengenai perkara itu. Dia bermain dengan baik pada separuh masa pertama. Dia memiliki satu atau dua peluang yang baik, namun gagal menyelesaikannya.

“Ada satu daripadanya amat jelas… Kita perlu bersabar terhadapnya,” kata Wenger.

Pada separuh masa pertama, Welbeck memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol selepas mendapat hantaran Aaron Ramsey namun rembatannya tersasar jauh.

Peluang yang dipersiakan itu turut diperli seorang pengulas perlawanan, yang mengatakan ia adalah contoh bijak mengapa Arsenal mahu mendapatkannya dan pada masa sama, kesilapan itu juga menjawab mengapa United gembira melepaskannya. – Reuters / BH Online

0 comments:

Post a Comment