Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 12, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Sebanyak 997 premis makanan di seluruh negara menyertai program Makanan Rakyat 1Malaysia (MR1M) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dari 1 Januari hingga 6 September lalu.

KPDNKK dalam satu kenyataan media memberitahu, sebanyak 875 premis perniagaan tersebut dimiliki oleh pengusaha Melayu, Cina (22), India (34), India Muslim (10) dan lain-lain 56.

“Sehingga 6 September 2013 sebanyak 997 perniagaan makanan telah menyertai MR1M. Jumlah itu termasuk penyertaan 48 premis makanan di institusi pengajian tinggi dan sembilan penyertaan MR1M di hospital atau klinik kesihatan awam.

“Pada tahun 2012, sasaran sebanyak 3,000 penyertaan MR1M telah dicapai di mana sebanyak 3,228 premis makanan mengambil bahagian dalam program MR1M di seluruh negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, MR1M adalah satu inisiatif Kerajaan dan program transformasi negara dalam membantu rakyat mendapatkan makanan dengan harga yang berpatutan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup.

Program itu menawarkan pakej sarapan pagi dan makan tengahari pada harga maksimum RM2 dan RM4 di Semenanjung Malaysia serta maksimum RM2.50 dan RM5 di Sabah dan Sarawak dan terbuka kepada pengusaha kedai makan, kafetaria, restoran, bistro, warung, kopitiam dan kiosk.

Kata kenyataan itu, pengusaha premis makanan menawarkan pakej MR1M secara sukarela dan KPDNKK akan mempromosikan premis pengusaha makanan yang mengambil bahagian di media cetak dan massa.

Senarai penuh restoran dan menu yang ditawarkan ada dipaparkan di dalam laman portal 1Malaysia Pengguna Bijak (www.1pengguna.com) serta aplikasi mobile (MyKPDNKK).

Lebih menarik, peserta MR1M diberi bunting, t-shirt, plak, apron dan sijil penyertaan untuk dipamerkan di premis masing-masing serta diberi keutamaan mendapatkan pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Mikro Penjaja dan Peniaga Kecil dengan pinjaman tanpa faedah antara RM10,000 hingga RM50,000.

0 comments:

Post a Comment