Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, September 12, 2013

No Comment

LONDON – Hari keempat lawatan kerja Tan Sri Muhyiddin Yassin ke United Kingdom (UK) menyaksikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan itu melawat Westminster Kingsway College di sini, bagi melihat dengan lebih dekat institusi vokasional British.

Muhyiddin dan rombongannya termasuk Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Seri Zakaria Sulong tiba di kolej yang terletak di Grays Inn Road pada 2.30 petang waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia).

Mereka disambut pengetua kolej Andy Wilson serta warga kerja sebelum dibawa ke bilik mesyuarat untuk diberi taklimat mengenai operasi kolej.

Westminster Kingsway College ialah antara kolej pendidikan lanjutan terbesar di London yang menawarkan kursus dan pendidikan vokasional untuk semua peringkat pengajian bagi kelompok usia 14 dan 19 tahun.

Kini terdapat kira-kira 17,000 pelajar di kolej itu dan sekitar 500 tenaga kerja sepenuh masa.

Ketika taklimat itu, Muhyiddin kelihatan berminat untuk mengetahui bagaimana pendidikan vokasional British berusaha memenuhi keperluan tenaga kerja industri dan pada masa yang sama mengambil kira aspek pemupukan minat pelajar.

Muhyiddin dan rombongannya kemudian dibawa meninjau di sekitar kolej itu sebelum meneruskan program lawatan kerja lima harinya di UK dengan menghadiri dialog tertutup bersama pemimpin pelajar Malaysia di sini, di Four Seasons Hotel.

Pada sebelah malam, Timbalan Perdana Menteri menghadiri jamuan malam bersama komuniti Malaysia yang dianjur oleh pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

Dalam majlis itu, Muhyiddin menjelaskan kepada tetamu tentang situasi terkini ekonomi, politik dan sosial Malaysia serta hubungan erat dua hala Malaysia-UK.

Beliau turut menegaskan pendirian Malaysia mengenai isu di Timur Tengah termasuk keadaan kritikal di Mesir dan Syria. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment