Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 23, 2013

No Comment

Arsenal merampas tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Chelsea yang baru sehari menghuninya selepas berjaya menewaskan Stoke 3-1 di laman sendiri, malam tadi.

Skuad kendalian Arsene Wenger itu diekori rapat Tottenham di tangga kedua yang menang tipis 1-0 ke atas Cardiff di tempat lawan.

Manakala Manchester City menyusul di tangga ketiga selepas mereka mudah menewaskan juara bertahan, Manchester United 4-1 di laman sendiri.

Satu lagi aksi malam tadi menyaksikan Swansea menang 2-0 ke atas Crystal Palace di gelanggang lawan.

Di Stadium Emirates, Arsenal mendahului menerusi Aaron Ramsey minit ke-5 sebelum disamakan Stoke menerusi Geoff Cameron minit ke-26.

Per Mertesacker kembali meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-36 sebelum Bacary Sagna mengesahkan kemenangan tuan rumah hasil jaringan ketiga minit ke-72.

Di Stadium Cardiff City, kemenangan Tottenham ke atas pasukan tuan rumah diperolehi menerusi jaringan tunggal pada masa kecederaan oleh Paulinho untuk mengecewakan puluhan ribu penyokong kelab pemilik dari Malaysia, Tan Sri Vincent Tan itu.

Di Stadium Etihad, City terlalu hebat dan mudah membolosi gawang United sebanyak empat kali menerusi dua jaringan Sergio Aguero minit ke-16 dan 47, Yaya Toure minit ke-45 dan Samir Nasri minit ke-50.

Gol saguhati United terhasil menerusi sepakan percuma Wayne Rooney minit ke-87.

“Kami tidak beraksi baik, City lebih baik. Mereka bermula lebih kuat dan pantas daripada kami. Tapi kami akan pulihkan semula keadaan, perjalanan masih jauh. Kami akan bangkit,” kata pengurus United, David Moyes.

Pengendali City, Manuel Pellegrini pula berkata: “Ia kemenangan cukup penting. Secara normal kamu pasti tidak menyangka kami boleh menang 4-1 ke atas United. Tapi apa yang penting, cara kami bermain. Saya cukup gembira.”

Selepas lima perlawanan, Arsenal di tangga teratas dengan 12 mata diikuti Tottenham (12), City (10), Chelsea (10) dan Liverpool (10).

Sementara itu, Sunderland yang tewas 0-3 kepada West Brom, kelmarin membuat keputusan mengejut memecat pengurusnya, Paolo Di Canio selepas mereka kini di kedudukan tercorot liga dengan hanya satu mata – sekali seri dan empat tewas.

0 comments:

Post a Comment