Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 28, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenalkan bil elektrik dengan reka bentuk baharu di seluruh Semenanjung Malaysia bermula 1 Oktober ini.

Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna) Bahagian Pembahagian TNB, Ir. Kamaliah Abdul Kadir berkata, percubaan ke atas bil baharu itu telah dilakukan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pengguna.

“TNB bekerjasama dengan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) untuk bil baharu ini selain mengambil kira pandangan orang ramai.

“Bil baharu ini menampilkan beberapa penambahbaikan berdasarkan maklum balas pelanggan sepanjang tempoh percubaan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Kamaliah berkata, reka bentuk baharu bil tersebut diperkenalkan sebagai usaha berterusan TNB mempertingkatkan perkhidmatan pelanggan.

Antara kelebihnya adalah kaedah kiraan bil lebih mudah difahami, reka bentuk yang menepati kehendak pelanggan serta keterangan yang lebih jelas mengenai kiraan bil.

Bil berwajah baharu itu melibatkan 7.8 pelanggan daripada kategori pelanggan kuasa biasa iaitu kediaman (demostik), perdagangan, perindustrian dan lampu jalan.

“Pelanggan kategori kuasa besar tidak terlibat,” katanya.

0 comments:

Post a Comment